fbpx

Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (Metmalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri kecuali Kelantan, Terengganu dan Melaka sehingga pukul 7 malam hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat berserta ribut petir dijangka di bahagian utara, melibatkan Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Di Pantai Timur pula, cuaca buruk sama dijangka berlaku di Pahang (Bentong, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

“Selain itu, hujan lebat berserta angin kencang turut dijangka di barat Semenanjung melibatkan beberapa kawasan di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau).

Dalam pada itu, cuaca hujan dan lembap sama dijangka di Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga awal malam hari ini.

“Di Sarawak pula, hujan lebat berserta ribut petir turut dijangka tertumpu di Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit) dan Kapit (Song).

“Hujan lebat sama juga dijangka berlaku di Sabah: Pedalaman (Sipitang dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) sehingga 7 malam nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI