fbpx

Hanya Tunku Mahkota Ismail yang layak – Hamidin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN FAM, Hamidin anggap Tunku Mahkota Ismail calon paling sesuai pimpin badan induk itu.

PETALING JAYA – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menjadi calon pilihan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin untuk mengetuai badan induk itu.

Bagaimanapun, Hamidin menjelaskan hanya Tunku Mahkota Ismail yang memiliki kemampuan dan segala ciri-ciri diperlukan untuk memimpin FAM.

“Saya sedia dan terbuka jika ada sesiapa yang mahu bertanding merebut jawatan presiden tetapi kita tidak boleh lari daripada statut ataupun perlembagaan FAM. Jika tanya calon, saya hanya nampak Tunku Mahkota Ismail.

“Semua ini hanya ada pada Tunku Mahkota Ismail. Jika orang mahu saya teruskan, sudah pasti saya akan teruskan tetapi kalau Tunku Mahkota Ismail mahu pimpin FAM, saya rela untuk berundur,” katanya pada sesi temubual bersama pengamal media, hari ini.

Untuk rekod, Hamidin sebelum ini mengambil alih kepimpinan FAM daripada Tunku Mahkota Ismail dalam Kongres Ke-54 ketika pemilihan penggal 2018-2021 FAM pada 14 Julai 2018 dan mengekalkan jawatan itu tanpa dicabar bagi penggal 2021-2025 pada tanggal 13 Mac 2021.

Dalam masa sama, Hamidin juga menjelaskan ketika ini beliau masih lagi ada misi yang perlu dilunaskan.

Sebelum ini, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merasakan sudah tiba masanya FAM menukar pucuk pimpinan dan memilih ahli korporat sebagai calon paling sesuai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI