fbpx

Haaland kembali pada waktu tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND seakan melepaskan geram apabila meledak empat gol ketika membelasah Wolves 5-1 awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menghamburkan pujian terhadap penyerang, Erling Haaland yang meledak empat gol ketika membantu pasukan itu membelasah Wolverhampton Wanderers 5-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad, City seolah-olah melepaskan geram dalam usaha mereka untuk terus memberi tekanan kepada Arsenal dalam perebutan takhta liga musim ini.

Selain empat gol Haaland, Julian Alvarez turut mencetak nama selaku penjaring bagi mengutip tiga mata berharga, manakala gol sagu hati Wolves dijaringkan pe­nyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan.

“Semua orang nampak seperti kami menang selesa, tetapi sebenarnya tidak. Mungkin kami mencipta banyak peluang menjaringkan gol, namun saya masih belum berpuas hati dengan pergerakan bola ketika melakukan serangan.

“Bagaimanapun, apa yang penting sekarang adalah Erling (Haaland) kembali melakukan kerja seperti biasa. Saya tahu ada dua penalti, tetapi gol kedua dan keempat cukup menakjubkan,” katanya.

Beliau menganggap Haaland kembali menemui sentuhan pemusnah pada waktu yang tepat, iaitu ketika mereka berdepan situasi genting bagi mempertahankan kejuaraan liga dimenangi musim lalu.

“Tidak ada yang lebih menggembirakan saya apabila Erling kembali menjaringkan banyak gol pada waktu diperlukan. Saya yakin gandingan Erling dan Kevin (De Bruyne) mampu membantu kami mencapai sasaran,” ujar Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI