fbpx

Empat lelaki dipanggil beri keterangan kes tembak kereta, trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan cermin belakang kereta Perodua Viva yang pecah selepas ditembak suspek dalam kejadian di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas di Pasir Mas kelmarin.

KOTA BHARU – Empat lelaki sudah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam kes empat das tembakan terkena sebuah kereta dan trak pikap di depan sebuah rumah di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas dekat Pasir Mas awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, susulan daripada itu, pihaknya dijangka memanggil lagi beberapa saksi untuk memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, kedua-dua suspek yang melepaskan tembakan itu masih berada di negara ini.

“Sekiranya suspek melarikan diri ke negara jiran, kita akan meminta bantuan pihak berkuasa di negara berkenaan untuk mengesan suspek.

“Motif kejadian sudah dapat dan kita tidak menolak kemungkin terdapat konflik antara suspek dan mangsa,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024, Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.

Muhamad Zaki semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024, Peringkat Kontinjen Kelantan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. – Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Raja Perempuan, Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid turut mencemar duli ke majlis tersebut.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki memberitahu, berdasarkan motif kejadian itu, ia memudahkan hala tuju siasatan terutamanya selepas beberapa individu sudah dipanggil memberi keterangan.

Menurutnya, bagaimanapun, usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kes itu masih diteruskan.

Kosmo! hari in melaporkan, lelaki yang menjadi mangsa dalam kes empat das tembakan terkena sebuah kereta dan trak pikap miliknya Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas dekat Pasir Mas awal pagi kelmarin dipercayai mengenali suspek terlibat kejadian tersebut.

Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, mangsa yang berusia 33 tahun kenal kedua-dua suspek, sekali gus menjadikan individu yang terlibat sudah dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI