fbpx

Dipenjara sebulan kerana mencuri setandan pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mustafa (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dihukum penjara sebulan kerana mencuri setandan pisang di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mencuri setandan pisang pada minggu lalu, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara selama 30 hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrini Mahmood menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Wan Mustafa Wan Ab. Rahman, 44, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Wan Mustafa didakwa telah mencuri setandan pisang milik seorang warga emas di Kampung Beladau Kolam, Manir di sini.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut pada pukul 6.50 petang, 29 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh Wan Mustafa ditangkap iaitu 29 Aprill lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI