fbpx

Cabutan WOW! Kasih Simpan SSPN tawar hadiah RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 untuk 181 pemenang kempen cabutan siri WOW! Kasih melalui Simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Pengerusi PTPTN, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, kempen yang bermula sejak 1 Mei hingga 30 Jun depan itu membolehkan pendeposit Simpan SSPN merebut peluang berkenaan.

“Pendeposit Simpan SSPN yang menyertai kempen ini bukan sahaja berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan, mereka bakal menikmati pelbagai keistimewaan dan manfaat Simpan SSPN.

“Produk simpanan ini merupakan satu-satunya yang menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun,memberikan perlindungan takaful ke atas pendeposit.

“Selain itu peserta juga berpeluang menerima Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Norliza, kempen yang julung kali diadakan ini adalah bagi menghargai insan-insan bermakna dalam kehidupan seperti sambutan Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru yang bakal diraikan oleh semua masyarakat Malaysia.

“Untuk menyertai kempen ini, pendeposit hanya perlu membuka atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Prime akan mendapat satu cabutan, manakala bagi setiap simpanan bersih RM50 bagi Simpan SSPN Plus layak mendapat dua cabutan secara automatik.

“Menariknya, kelebihan juga diberikan kepada pengguna myPTPTN yang akan mendapat cabutan berganda. Pendeposit Simpan SSPN Prime yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus, akan mendapat lima cabutan.

“Manakala pendeposit Simpan SSPN Plus yang membuat simpanan bersih RM50 melalui myPTPTN atau melalui potongan gaji atau debit terus pula akan mendapat 10 cabutan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI