fbpx

Bank Rakyat ceriakan 700 anak yatim sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara anak yatim yang diraikan dalam program Cahaya Aidilfitri Bank Rakyat baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bank Rakyat menghulurkan sumbangan berjumlah RM70,000 bagi menyantuni 700 anak yatim daripada golongan asnaf menerusi program Cahaya Aidilfitri di lebih 20 lokasi seluruh negara, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohammad Hanis Osman berkata, program bersempena dengan kempen Ramadan ‘Tulus Ikhlas’ dan ulang tahun Bank Rakyat ke-70 bertujuan memupuk semangat muhibah, selain merupakan inisiatif Jangkauan Komuniti Madani Bank Rakyat dalam membantu masyarakat setempat.

“Bank Rakyat sentiasa mementingkan sebuah hubungan melebihi perniagaan dengan menganjurkan pelbagai inisiatif yang dapat memberi manfaat untuk kemakmuran bersama, selain mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat di sekitar lokasi bank beroperasi.

“Justeru, Bank Rakyat mengambil pendekatan sebegini bagi menceriakan dan mencipta kenangan manis untuk anak-anak yatim dalam menyambut dan meraikan hari lebaran seperti kanak-kanak yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Program Cahaya Aidilfitri dilaksanakan dengan kerjasama 16 cawangan Bank Rakyat melibatkan 11 rumah kebajikan, 11 buah sekolah serta tujuh masjid.

Antara penerima terlibat termasuk Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur, Rumah Anak Yatim Ar-Rayyan, Sabah, Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas, Johor, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PERKAYA) Marang, Terengganu, Sekolah Kebangsaan Abang Ali, Sarawak, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Permata Al-Kauthar, Pahang dan Masjid Al-Wustha Guar Chempedak, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI