fbpx

Anwar ucap takziah kepada keluarga Hail Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Hail Amir.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon popular era 1970-an, Allahyarham Datuk Hail Amir, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kira-kira pukul 3.48 petang tadi.

Merakamkan ucapan menerusi hantaran di Facebook, Anwar mengakui, karya anak seni Pulau Pinang itu pastinya meninggalkan impak yang mendalam pada industri hiburan negara.

“Saya utus salam takziah buat keluarga seniman, Allahyarham Datuk Hail Amir, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.

“Mendoakan roh allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi Yang Maha Esa, insya-Allah.

“Karya anak seni Pulau Pinang ini pastinya akan terus dikenang buat selamanya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Hail atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, 76, meninggal dunia akibat jangkita paru-paru.

Sebelum ini, anak arwah, Cinta Hailfi memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL sejak kelmarin bagi menerima rawatan.

Katanya, doktor sudah memulakan rawatan dengan memberikan antibiotik bagi mengawal jangkitan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI