fbpx

Anwar mahu perkhidmatan awam ambil contoh Arab Saudi beri kelulusan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mei di Puspanitapur, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu syarikat kerajaan dan kumpulan perkhidmatan awam mengambil contoh daripada langkah Arab Saudi yang bertindak proaktif dalam meluluskan segera permohonan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Perdana Menteri berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.

“Saya kagum dengan tahap kelulusan di Arab Saudi, 9.30 pagi dikemukakan dan pada pukul 8 malam, Perdana Menteri Arab Saudi (Mohammad bin Salman) telah berikan lampu hijau dan minta diteruskan.

“Sebab itu, daripada sudut kepantasan kelulusan sebabkan negara itu melonjak tinggi, itu kerana kecekapan berkenaan.

“Jadi, saya mahu gesa rakan-rakan khususnya syarikat kerajaan dan penjawat awam (ambil peranan) daripada sudut tanggungjawab kerajaan,” katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Terdahulu, dalam ucapannya, Anwar menjelaskan mengenai lawatan beliau ke Riyadh pada minggu lalu dengan mengadakan pertemuan bersama syarikat gergasi Arab Saudi.

Katanya, beliau telah berjumpa dengan syarikat Acwa Power pada pukul 9.30 pagi dan mereka telah memberikan minat untuk bekerjasama di mana Malaysia turut memberikan komitmen ke arah itu.

“Ini kerana ia syarikat kerajaan punya khazanah, maka dia perlu persetujuan muktamad daripada Perdana Menteri.

“Pada pukul 8 malam sebelum pulang ke Malaysia, saya telah berjumpa Mohammad Salman dan beliau telah diberi penjelasan oleh Acwa Power di mana proses itu dilakukan dalam tempoh satu hari.

“Semua agensi terlibat bagi lampu hijau, bila saya bangkitkan isu itu, Mohammad Salman berkata, Arab Saudi telah bersetuju supaya dapat disegerakan,” ujarnya.

Susulan itu, Anwar berkata, persetujuan itu memberi terjemahan bahawa Arab Saudi yakin kepada Malaysia di mana menunjukan kestabilan politik negara selain dasar ekonomi jelas serta kecekapan sistem perkhidmatan awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI