fbpx

40 tahun menunggu, warga emas menangis dapat geran tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAT Yusof (berkerusi roda) menangis selepas menerima geran tanah daripada Mohd. Nassuruddin (dua dari kiri) di Dewan Semai Bakti, Felda Chiku 3, Gua Musang hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang warga emas tidak dapat menahan sebak sehingga terus mengalirkan air mata apabila menerima geran pemilikan tanah hari ini selepas lebih 40 tahun menunggu.

Peneroka Felda Chiku 3, Mat Yusof Mat Yaziz, 82, berkata, dia merupakan salah seorang daripada 254 penerima geran tanah dari Felda Chiku 3 selain Felda Aring 1 bagi tanah ladang dan tapak rumah yang merupakan hasil kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, Felda hari ini.

Katanya, dia bersyukur dan menyifatkan pemberian geran tersebut sebagai satu hadiah yang tidak terhitung nilainya terutamanya semasa meniti usia senja ketika ini.

“Saya bersyukur akhirnya impian untuk melihat dan memegang surat penyerahan hak milik tanah yang diusahakan sebelum meninggal dunia termakbul.

“Penyerahan geran ini merupakan hadiah tidak ternilai kerana saya telah menantikan saat ini lebih 40 tahun yang lalu. Alhamdulillah, hari ini saya telah mendapat hak milik tanah untuk ladang kelapa sawit dan getah yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu,” katanya ketika ditemui pemberita.

Seorang lagi penerima geran, Aziz Abdullah, 67, berkata, dia bersyukur apabila dapat melihat dan memegang surat penyerahan hak milik tanah yang diusahakannya sebelum meninggal dunia.

Katanya, ramai warga emas yang turut memperoleh geran hak milik tanah hari ini sangat terharu kerana masih sempat menerimanya dengan tangan sendiri.

Sementara itu, Mohd. Nassuruddin ketika berucap menasihatkan penerima agar tidak menjual dan menggadaikan tanah yang diberi dan menjaga tanah sebagai warisan untuk generasi akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI