fbpx

Saya ikhlas mohon maaf, bukan berlakon – Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanusi.

YAN – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu permohonan maaf yang dibuat pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani di Jitra, malam tadi adalah ikhlas dan bukan lakonan.

Menurutnya, sebagai manusia biasa beliau tidak terkecuali daripada melakukan kekhilafan termasuk dalam berkata-kata.

“Kalau jumpa di mana-mana orang yang lebih tua daripada saya, macam itulah gaya saya, saya bukan berlakon, saya jadi diri saya yang sebenar.

“Saya nampak komen-komen di media sosial, baik pun salah tak baik pun salah. Jadi depa semua itu syaitan kerana kalau kita berbuat baik sesama umat manusia pun tidak disukai, itu kerja syaitan. Bila orang sakit hati tengok satu benda baik, dia mewarisi sifat-sifat syaitan jadi berhentilah jadi syaitan, jadilah manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penjenamaan Semula Pusat Teknologi Mempelam Sala yang kini dikenali sebagai Pusat Mempelam Kedah sempena Fiesta Mempelam Kedah di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian bagi mengulas tindakan sesetengah pihak di media sosial yang memperlekeh dan mengecam permohonan maafnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akhbar ini semalam melaporkan Muhammad Sanusi memohon maaf di hadapan Anwar dan beberapa menteri Kabinet pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani itu.

Muhammad Sanusi berkata, permohonan maaf itu adalah bagi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks ‘hablumminannas’ selama beliau berkhidmat sebagai Menteri Besar Kedah dan atas kapasiti politik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI