fbpx

Lelaki lemas ketika mandi di Ranchan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di Taman Rekreasi Ranchan, Serian, petang tadi.

SERIAN – Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai lemas ketika mandi di Taman Rekreasi Ranchan, di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 5.33 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, seorang lelaki dewasa dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dibawa oleh orang awam ke tempat selamat.

“Bagaimanapun, katanya mangsa yang berusia 26 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI