fbpx

Lelaki gemuruh tulis lafaz nikah di tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lafaz akad nikah yang ditulis pada tangan pengantin lelaki – TikTok/@romansahpro

JAKARTA – Seorang lelaki menulis lafaz akad nikah di tangan kerana bimbang dia akan hilang tumpuan kerana gugup ketika melangsungkan majlis pernikahannya, lapor portal berita Okezone semalam. 

Detik gementar itu dikongsi oleh pengguna akaun TikTok @romansahpro. Rakaman itu menunjukkan pengantin lelaki duduk sambil berdoa dan terlihat cacatan di tangannya ketika kedua-dua  tangannya diangkat. 

Di sebelah tangannya terdapat catatan ‘saya terima nikahnya…’ iaitu bacaan lafaz akad nikah sekiranya  dia terlupa. Idea  lelaki itu membuatkan netizen menggelengkan kepala. 

Bagaimanapun, sebilangan netizen berkata, lafaz akad nikah yang panjang beserta nama pasangan mungkin menyukarkan pengantin lelaki itu menghafalnya.

Situasi itu menjadi lebih buruk ekoran rasa gementar yang dihadapi setiap pengantin lelaki  apabila berdepan bakal bapa mertua semasa upacara akad nikah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI