PETALING JAYA – Lampu Isyarat kuning yang diganti dengan kiraan zikir tiga kalimah di Kota Bharu, Kelantan menarik perhatian orang ramai.
Menerusi perkongsian video di TikTok @izzeyazid, kalimah Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar terpampang di skrin bersebelahan dengan lampu trafik di jalan raya.
Berdasarkan video berkenaan, setelah perkataan itu diulang tiga kali berturut-turut perkataan ‘GO’ kelihatan terpapar seiring dengan lampu hijau yang menyala.
Tindakan ini membuatkan pemandu beragama Islam sempat untuk berzikir sementara menunggu kenderaan mereka bergerak.
Rata-rata orang ramai berpendapat, pihak yang mencetuskan idea ini sangat beruntung kerana akan memperoleh pahala yang sangat besar melalui pelaksanaan kaedah berkenaan.
Sehingga kini video tersebut mendapat 546,700 tontonan, 46,100 tanda suka dan 1,000 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@izzeyazid Only in New Castle Kelantan Malaysia #kotabharu #kelantan ♬ original sound – dalia