PETALING JAYA – Keterujaan seorang wanita yang berjaya membeli periuk nasi elektrik serendah RM10.50 di TikTok berakhir dengan putar belit plot (plot twist).
Menerusi perkongsian video seorang pengguna, Nik Mah, dia membeli periuk nasi seperti yang diiklankan di dalam medium berkenaan kerana menyangka ia adalah periuk nasi sebenar.
“Tengok anak-anak ‘order’ dalam TikTok, kita pun teringin jugalah. Ada jual periuk nasi RM10.50.
“Tengok dalam tu besar tapi bila dapat, saiz dua jari saja, digelakkan anak-anak. Sibuk nak ‘order’ jugaklah maknya pun. Cucu pakat berebut pula nak buat main,” katanya.
Hantarannya itu meraih pelbagai reaksi orang ramai yang turut berkongsi pengalaman serupa.
“Saya pun pernah terkena. Beli set kerusi kayu,” kongsi @fauziah7726.
“Mak saya telefon beria cakap beli pendingin hawa murah RM30. Balik kampung nanti tak panas dah. Sampai masa balik rumah tengok tak tau nak nangis ke nak ketawa. Sejuk jamban pun tak lepas apa lagi nak sejuk satu rumah,” ujar @Misz_Purple.
“Saya hampir-hampir terbeli hari tu. Selamat,” komen @dede. – KOSMO! ONLINE
@nik.mah43♬ bunyi asal – Nik Mah