KUALA LUMPUR – Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perantau Anak Pahang pada tahun ini disifatkan antara terbesar yang pernah diadakan di luar Pahang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penganjuran oleh Sekretariat Perantau Anak Pahang itu adalah ketiga terbesar yang diadakan di Lembah Klang sejak penubuhannya pada awal tahun ini.
Tambah beliau, ia akan diteruskan setiap tahun bagi mengumpulkan warga Pahang yang bekerja di sekitar Lembah Klang.
“Ini merupakan julung kali kita adakan majlis Aidilfitri untuk anak Pahang di Lembah Klang dan Alhamdulillah, dapat sambutan baik daripada mereka.
“Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Majlis Sekretariat Perantau Anak Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan pasukan atas penganjuran majlis ini,” katanya ketika ditemui di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE