fbpx

Leverkusen hampiri final Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANDRICH (kanan) berjaya memastikan Leverkusen membawa bekalan selesa selepas meledak gol kedua menewaskan Roma. - AFP

ROM – Jaringan daripada Florian Wirtz dan Robert Andrich membolehkan Bayer Leverkusen semakin hampir ke final Eropah buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun selepas menewaskan AS Roma 2-0 pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi semalam.

Juara baharu Bundesliga dan finalis Piala Jerman itu kini berjaya mengatasi rekod tanpa kalah paling lama di Eropah yang dipegang Juventus kepada 47 perlawanan dalam semua kejohanan musim ini.

Pengendali Leverkusen, Xabi Alonso berbangga dengan keseluruhan prestasi yang ditampilkan anak-anak buahnya dalam misi memburu kejuaraan pertama mereka di pentas Eropah selepas ini.

“Kami berjuang dengan sangat baik dan menunjukkan kematangan prestasi serta disiplin yang tinggi.

“Kami bertahan dengan bagus, jadi sangat berpuas hati dengan prestasi kami, tetapi aksi peringkat kedua belum berlangsung lagi,” katanya.

Romelu Lukaku hampir meletakkan tuan rumah di depan, tetapi tandukannya hasil sepakan sudut terkena palang pada minit ke-21.

Namun, kesilapan pertahanan Roma tujuh minit kemudian membolehkan Wirtz melepaskan rembatan rendah untuk membuka tirai jaringan buat Leverkusen.

Pelawat terus mendominasi permainan di Stadio Olimpico dan Andrich menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-73 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti yang gagal ditepis penjaga gol Roma, Mile Svilar.

Aksi peringkat kedua berlangsung di Leverkusen minggu depan dan pemenang akan berdepan antara Marseille atau Atalanta pada final di Stadium Aviva, Dublin yang dijadualkan 22 Mei ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI