JAKARTA – Pemilik sebuah kedai emas berusia 60 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berumur 19 tahun, lapor portal berita Tribun Jatim.com semalam.
Perkahwinan Juamar Muamar dan gadis yang bergelar pelajar dengan beza umur 41 tahun itu diadakan di Desa Bagawat, Kuningan, Pulau Jawa pada Rabu lalu.
Satu klip video yang menunjukkan majlis perkahwinan antara pemilik kedai emas itu dengan Amelia Sri Rahayu menjadi tular di media sosial.
Dalam rakaman itu, Juamar dilihat menari bersama isterinya sambil disaksikan para tetamu selepas majlis akad nikah diadakan.
Amelia masih merupakan pelajar di Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Kuningan.
Sebelum ini, Juamar telah berkahwin dengan Tini Nurhaeti namun isterinya itu meninggal dunia.
“Ya, kampung isteri Juamar sekarang ini adalah sama dengan bekas isterinya yang meninggal dunia,” kata seorang ahli keluarga pengantin lelaki, – AGENSI