PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka berlaku di Pahang, Johor dan Sarawak petang ini.
Menurut MetMalaysia dalam kenyataannya, cuaca buruk melibatkan beberapa kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Rompin) dan Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor bahru.
“Sementara itu, cuaca buruk turut melibatkan kebanyakan kawasan di Sarawak, Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Pakan dan Sarikei) Mukah (Tanjung Manis) dan Miri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.