fbpx

EPL: Arsenal terus hampiri kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG Arsenal, Bukayo Saka (depan) meraikan jaringan pertamanya di hujung babak pertama. - AFP

LONDON – Arsenal mengekalkan rentak cemerlang untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris sulung dalam tempoh 20 tahun apabila menewaskan Bournemouth 3-0 pada aksi di Stadium Emirates, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan The Gunners melebarkan rekod kepada tujuh perlawanan tanpa kalah ke atas Bournemouth di gelanggang sendiri sekaligus memberikan kemenangan ke 14 Arsenal dalam 16 perlawanan sepanjang 2024.

Walaupun Arsenal muncul pasukan lebih baik di babak pertama dengan 61 peratus penguasaan, tuan rumah seakan bergelut untuk mendapatkan gol semangat.

Lima daripada 16 percubaan The Gunners tepat ke arah gawang Bournemouth namun tuah seakan tidak berpihak kepada anak buah Mikel Arteta.

Bagaimanapun, sebaik aksi memasuki minit terakhir separuh masa pertama, gawang Bournemouth akhirnya bocor menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Bukayo Saka.

Disebalik penguasaan yang lebih baik dipamerkan Bournemouth di babak kedua, The Cherries nyata tiada kemampuan untuk cuba menembusi gawang lawan yang dikawal ketat oleh David Raya.

Sebaliknya, Leandro Trossard yang berada pada prestasi terbaik dalam tiga aksi sebelum ini terus menggandakan kelebihan buat Arsenal apabila meledak gol kedua pada minit ke-70.

Keputusan pengadil perlawanan, David Coote memberikan tujuh minit masa kecederaan berjaya dimanfaatkan oleh Arsenal untuk menambah gol ketiga menerusi Declan Rice. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI