fbpx

CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Felda Gunung Besout

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang cedera di Felda Gunung Besout 2 Tambahan di Sungkai, Tanjung Malim semalam. - Foto IHSAN JBPM

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan Cessna 172N Skyhawk dengan pendaftaran 9M-ADA terhempas di Felda Gunung Besout, Sungkai , Perak.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, pesawat terhempas itu merupakan dikendalian Akademi Penerbangan Layang-Layang.

Katanya, pesawat yang dinaiki dua individu telah berlepas pada pukul 7.54 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima panggilan terakhir di Slim River pada pukul 9.35 pagi.

“Tindakan susulan telah diambil oleh Pegawai Kawalan Trafik Udara bertugas setelah pesawat gagal melaporkan kedudukan selanjutnya di Bidor.

“Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) CAAM di KLATCC diaktifkan pada pukul 10.15 pagi setelah menerima maklumat berkenaan nahas tersebut bagi tujuan koordinasi operasi mencari dan menyelamat.

“kedua-dua individu berkenaan telah diselamatkan,” katanya dalam kenyataan tadi.

Jelasnya, Siasatan lanjut akan dilaksanakan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI