fbpx

Agong berangkat tiba ke Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SULTAN Ibrahim diiringi disambut Ab. Rauf ketika keberangkatan tiba Seri Paduka di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, Melaka.

ALOR GAJAH – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka di Villa D’Acqua, Masjid Tanah di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka kira-kira pukul 3 petang diiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dengan disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Zuriyah Ab. Aziz.

Turut hadir menyambut keberangkatan tiba Seri Paduka ialah barisan Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata.

Terdahulu, Sultan Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam pada pukul 12.30 tengah hari kemudian berangkat untuk Majlis Santapan Tengah Hari di Istana Melaka. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI