fbpx

50,000 hadir solidariti bela Palestin depan Kedutaan Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Himpunan 100K Bela Palestin - Solidariti 'Raya Bersama Gaza' di Jalan Tun Razak, hari ini. Foto FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Himpunan 100K Bela Palestin telah menarik minat ribuan rakyat Malaysia yang hadir tanpa mengira kaum bagi membantah kezaliman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Ketua Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata, himpunan tersebut mencapai sasaran apabila berjaya menghimpunkan sebanyak 50,000 peserta himpunan dari seluruh negara.

Tambah beliau, himpunan tersebut dimulakan di tiga lokasi yang berlainan iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Bukit Bintang serta Kampung Datuk Keramat dan semuanya berkumpul bagi memprotes di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Alhamdulillah, program ini turut menghimpunkan pelbagai parti politik, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan pempengaruh yang turut hadir bagi menzahirkan solidariti, juga kebersamaan dengan perjuangan rakyat Palestin yang sentiasa dizalimi serta ditindas,” katanya.

Jelas beliau, himpunan seterusnya tidak dapat dipastikan bilakah ia akan diadakan, namun kempen solidariti serta kebersamaan bersama penduduk Palestin akan diteruskan dalam pelbagai medium.

“Himpunan seterusnya mungkin kita akan lihat dari semasa ke semasa, namun kempen solidariti untuk Palestin akan diteruskan dalam pelbagai kaedah antaranya media sosial, kuliah, ceramah, forum dan lain-lain lagi,” katanya.

Himpunan 100K Bela Palestin turut dihadiri oleh ahli-ahli politik antaranya Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI