fbpx

Tiga pegawai kanan polis ditahan babit kes pemerasan bernilai RM1.25 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga pegawai kanannya bagi membantu siasatan berhubung kes pemerasan bernilai RM1.25 juta.

Mengesahkan perkara tersebut, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kesemua mereka ditahan di sekitar Jalan Tun Razak, di sini.

“Tangkapan dilakukan terhadap pegawai kanan polis berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP), Deputi Superintendan (DSP) dan Inspektor yang berusia 38 hingga 51 tahun.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek menafikan penglibatan dalam kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, Razarudin memaklumkan kesemua suspek akan direman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas/ Bahagian Undang-Undang / Pendakwaan (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu melakukan pemerasan.

“Orang ramai diminta tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” ujar beliau.

Tegas beliau, PDRM memberi jaminan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan sedang giat mengumpulkan maklumat risikan serta bukti secukupnya bagi memastikan kesemua terlibat dibawah ke muka pengadilan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI