fbpx

Majoriti waris setuju pindah kubur untuk ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian waris dan ahli keluarga ketika mengunjungi tanah perkuburan Islam Selat Klang, kelmarin. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Majoriti waris dan ahli keluarga yang terlibat dalam penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang telah bersetuju untuk memberikan laluan bagi pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan akan diteruskan antara kelompok waris lain bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihak berkuasa tempatan dan ECRL.

Katanya, waris-waris juga seharusnya menjalankan perbincangan bersama komuniti dan jabatan berkenaan berbanding pihak media.

“Buat apa nak berurusan dengan media, saya sudah bagi ruang lagi seminggu untuk bertemu dengan pihak Jabatan Agama Islam dan sebagainya.

“Tiada persoalan hukum, tiada persoalan apa sebab di mana-mana tempat pun berlaku dan ia memberikan maslahat yang lebih penting kepada masyarakat terutama dalam hal pembangunan negara dan sebagainya.

“Tetapi kita akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak terbabit kerana majoritinya telah bersetuju, alhamdulillah. Yang belum bersetuju kita beri ruang lagi seminggu untuk berbincang dengan pihak jabatan agama dan majlis tempatan dan ECRL,” katanya pada sidang akhbar pasca Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian waris dan ahli keluarga kekal membantah penggalian dan pemindahan kubur tersebut bagi memberikan laluan kepada pembinaan ECRL.

Kerja-kerja tersebut yang dijadualkan kelmarin ditangguhkan selama seminggu bagi memberikan ruang bagi proses pemakluman dan pendengaran kepada para waris.

Mengulas lanjut, Amirudin menegaskan sebarang persoalan perlu dikemukakan kepada komuniti yang telah diwujudkan berhubungnya.

“Ada jabatan (khas) yang akan membuat penelitian terhadap persoalan itu dan kita cuba cuba memberikan penerangan dan penjelasan dan melaksanakan terus pembangunan kerana ia adalah misi negara yang diteruskan.

“Kalau ada unsur-unsur politik kerana nampak yang bawa Dr. Halimah Ali (Ahli Parlimen Kapar dari Pas). Projek ini pun adalah dari zaman Perikatan Nasional (PN) dulu pun, PN yang sambung. Kita ikut dan teruskan. Jadi jangan tukar kerajaan jadi dengki pula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI