fbpx

Kesuma bakal sedia lebih banyak peluang latihan bertaraf dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven (empat dari kiri) menyerahkan cek cura kepada Pertubuhan Kebajikan Nur Syaheera Kuala Lumpur ketia menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri HRD Corp 2024 di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) bertekad untuk melipatgandakan usaha bagi menyediakan peluang latihan terbaik dan bertaraf dunia untuk rakyat Malaysia.

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, kementerian itu juga telah memperuntukkan dana sebanyak RM2.56 bilion bagi menyediakan latihan kemahiran terbaik untuk rakyat.

“Di Kesuma, kami bertekad untuk memberikan latihan dan kemahiran yang mampu mengubah hidup seseorang. Aspirasi kami adalah untuk menyediakan program latihan yang berkualiti ‘ivy league’.

“Latihan sebegini bukan sahaja dapat mengubah hidup seseorang, ia juga mampu merapatkan jurang antara majikan dan pekerja serta meningkatkan produktiviti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Aidilfitri Human Resource Development Corporation (HRD) Corp 2024 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Steven berkata, Malaysia telah meletakkan sasaran untuk mencapai 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor ekonomi abad ke-21.

“Saya pasti, kerjasama antara Kesuma dengan HRD Corp dapat menjadikan sasaran tersebut satu kenyataan.

“Malah, semalam juga kita telah terima berita baik daripada Microsoft yang bakal melabur RM10.5 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia,” katanya.

Steven berkata, hampir 200,000 rakyat Malaysia bakal terlibat dalam sektor tersebut menjelang 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI