NEW DELHI – Sebuah video tular di media sosial menunjukkan tindakan seorang guru mengubah bilik darjah menjadi kolam renang, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman itu, pelajar dilihat berenang sambil ketawa kerana impian mereka tercapai meskipun tidak menggunakan kolam renang sebenar.
Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Kannauj, dalam negeri Uttar Pradesh.
Rakaman yang dimuat naik itu mendapat lebih 100 ribu tontonan.
Rakaman itu turut menarik perhatian orang ramai dengan ramai netizen memuji perbuatan guru tersebut.
“Mereka (pelajar) tidak bersalah malah merasa senang dengan apa yang diberikan kepada mereka,” kata seorang netizen. – AGENSI