JAKARTA – Sebuah rakaman tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang budak lelaki memanjat menara elektrik bervoltan tinggi di Desa Topoyo, wilayah Sulawesi Barat, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Lebih mengejutkan, perbuatan itu bukan kali pertama dilakukan oleh kanak-kanak berusia lima tahun tersebut.
Pegawai tempatan, Iptu Fredy berkata, budak itu telah memanjat menara elektrik di tempatnya sebanyak tiga kali kerana terlepas daripada pengawasan ibu bapanya.
“Pihak kami akan membawa kanak-kanak lelaki itu untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan,” kata Fredy.
Rakaman kejadian itu dimuat naik di laman Instagram dan mendapat lebih 1 juta ‘like’ atau tanda suka
Rata-rata, netizen menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit kerana cuai.
“Kedua-dua orang tuanya layak dimarahi kerana tidak menjaga anaknya,” kata seorang netizen. – AGENSI