fbpx

Aksi pramusim TFC hambar tanpa Akhyar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC, Safawi Rashid (tengah) diasak pemain KDN pada aksi pramusim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Ketiadaan Akhyar Rashid yang menjadi mangsa samun semalam menjejaskan rentak Terengganu FC (TFC) apabila sekadar seri 0-0 dengan Kelantan Darul Naim (KDN) dalam aksi pramusim di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Pemain sayap itu yang menerima enam jahitan akibat dikasari penjenayah telah terpaksa disisihkan dalam kesebelasan utama dengan posisinya diisi oleh Norhakim Hassan.

TFC bermula baik menerusi percubaan leret Ismaheel Akinade seawal minit ke-10 namun pelawat bangkit menyaksikan tandukan Michael Jerabek yang terkena tiang pada minit ke-14.

Bersambung babak kedua, TFC makin tenggelam apabila terus diuji mujur rembatan Muhammad Faizal Talib minit ke-49 disusuli tolakan Jerabek (m-53) tinggi melepasi sasaran.

Kehilangan Akhyar yang sebelum ini lincah di sebelah kiri ternyata dirasai TFC sehingga mereka hanya memiliki satu percubaan tepat menerusi sepakan percuma Marin Pilj pada minit ke-73.

Ketiadaan Akhyar yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti merunsingkan Tomislav Steinbruckner menjelang sepak mula Liga Super bertemu Perak di laman sendiri pada 11 Mei ini.

Tonggak Harimau Malaya itu menerima empat jahitan pada bahagian kepala manakala dua lagi pada bahagian kaki setelah disamun dua lelaki memakai jaket hoodie di hadapan apartment didiaminya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI