fbpx

1,000 jemaah Masjid Sungai Merab solat Jumaat bersama Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika hadir di Masjid Kampung Sungai Merab, Kajang hari ini. - Foto oleh IQBAL ROSLI / KOSMO!

KAJANG – Kira- kira 1,000 jemaah dari masjid Kampung Sungai Merab di sini berpeluang menunaikan solat Jumaat bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Perdana Menteri itu yang tiba sebelum solat Jumaat bermula mengenakan baju Melayu biru muda lengkap bersamping.

Ketibaan Anwar yang juga Menteri Kewangan di sini disambut pengurusan masjid serta penduduk tempatan.

Beliau diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar.

Perdana Menteri turut mendengar khutbah bertajuk ‘Takwa dan Pekerjaan’ yang disampaikan Imam, Wan Mohd. Firdaus sebelum menunaikan solat Jumaat bersama jemaah yang lain.

Selesai solat, Perdana Menteri sempat meluangkan masa menyantuni jemaah masjid dengan bersalaman serta bergambar bersama mereka yang hadir.

Perdana Menteri juga didatangi murid- murid daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Merab 2 yang hadir bagi mendapatkan tandatangan beliau.

Terdahulu, semalam Perdana Menteri berada di Kelantan bagi memenuhi undangan sambutan Hari Raya Madani di Tunjung, Kota Bharu sebelum pulang ke Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI