PETALING JAYA – “Ingatkan kedai makan sebab berlampu-lampu macam kedai tomyam, rupanya jual batu nisan,”
Begitulah kata netizen setelah sebuah kedai batu nisan tular di laman TikTok baru-baru ini kerana dihias meriah dengan lampu berwarna-warni umpama kedai makan.
Menurut hantaran @tira.zulkifli, kedai batu nisan yang terletak di Jengka, Pahang itu juga sering menjadi persinggahan orang luar yang ingin berhenti makan kerana lokasinya yang terletak bersebelahan dengan kedai tomyam.
“Siapa tahu tempat ni di kawasan Jengka? Kalau terlepas kedai makan pertama jangan berhenti sebab kedai kedua itu kedai batu nisan,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bercerita mengenai pengalaman masing-masing mengenai kedai batu nisan tersebut.
“Saya balik kampung lalu jalan ini haritu. Suami hendak singgah untuk makan sup ekor. Bila dah berhenti baru perasan batu nisan bersusun,” kata @Azya.
“Nasib baik saya tak singgah kedai ini dulu. Lampu dia lagi meriah daripada kedai tomyam kat sebelah,” kata @gegurls.
“Balik raya dulu saya ingat kedai cendol. Rupa-rupanya jual batu nisan,” Kata @naqiuddin.
Kini, hantaran tersebut telah menerima 49,900 tanda suka dan 642 komen. – KOSMO! ONLINE
@tira.zulkifliSiapa tahu kat jengka 😂