fbpx

[VIDEO] Beri ayam percuma dapat pujian netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan dua orang tidak dikenali memberikan ayam percuma kepada orang ramai di Pavilion, Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Tindakan dua lelaki bertopeng yang mengagihkan ayam percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang, Kuala Lumpur mendapat pujian ramai.

Menerusi perkongsian video oleh @baymzn di laman X, mereka meletakkan plastik yang berisi ayam dalam sebuah but kereta dan menghulurkan kepada sesiapa saja yang datang untuk mengambilnya.

Berdasarkan video, salah seorang lelaki itu memegang sepanduk kertas bertulis ‘ayam free’ dan kenyataan lain yang menyatakan mereka hanyalah orang biasa.

“We are not influencer (kami bukan pempengaruh), we are not celebrity (kami bukan selebriti, we are nobody (kami bukanlah sesiapa)”.

Meninjau ke ruang komen, terdapat pengguna media sosial yang was-was dengan kegiatan dua orang yang tidak dikenali itu, namun ada juga yang mengambil positif terhadap perbuatan tersebut.

“Baiknya orang Malaysia, banyak pahala dia sedekah bagi orang makan,” komen @faii_musics.

“Alhamdulilah, terbaik. Bagusnya mereka, semoga murah rezeki,” komen @vokalproduction.

“Niat dah baik, tapi mungkin boleh buka topeng untuk buat orang lebih percaya. Sekurang-kurangnya orang muslim boleh tahu siapa pemberi,” komen @nadhirah.

“Macam mana kalau ayam tu tercemar? Kita tak boleh nak jejak mereka sebab pemberi tak dikenali, komen @iamnotreiko.

Sehingga kini video itu mendapat 281,000 tontonan, 2,600 tanda suka dan 964 perkongsian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI