fbpx

Saya, Nora okey, kami gaduh-gaduh manja sahaja – Nedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEDIM Nazri menyifatkan pergolakan dalam rumah tangga mereka hanya 'gaduh-gaduh manja'.

PETALING JAYA – Yakin ada sinar di hujung terowong, suami pelakon Nora Danish, Nedim Nazri menyifatkan pergolakan dalam rumah tangga mereka hanya ‘gaduh-gaduh manja’.

Perkara tersebut dikongsikan Nedim atau Mohamad Nedim Nazri, 41, menjawab pertanyaan pengikutnya dalam sesi siaran langsung dalam Instagram semalam.

“Saya okey, isteri saya pun okey. Tiada masalah. Relaks okey, jangan terlalu ambil apa yang mereka, katakan.

“Sudah tentu kami cuba cakap benda yang baik-baik tapi mungkin yang mereka (media) tulis itu salah.

“Gaduh-gaduh manja itu betul. Masalah kecil sahaja,” katanya dalam satu sesi siaran langsung dalam Instagram, semalam.

Menurut ahli perniagaan itu, hubungan mereka juga seperti dulu termasuk menggunakan waktu berkualiti sebagai sebuah keluarga.

“Saya dan isteri adalah pasangan serta kawan baik. Jadi jangan gelabah, kita tenang-tenang sahaja. Alhamdulillah.

“Kami masih baik. Esok (hari ini) saya nak bawa isteri dan anak-anak keluar,” ujarnya.

Dalam perkongsian tersebut, Nedim turut berharap orang ramai tidak lagi memperkatakan khabar pergolakan rumah tangganya dengan Nora.

Menerusi sesi yang pada awalnya bertujuan mempromosikan produk baharu keluaran syarikat miliknya, dia turut menenangkan pengikutnya.

“Tak ada apa pun, saya sayangkan isteri saya. Tolonglah, jangan buat lawak mengarut. Janganlah cakap pasal berpisah, tak baik.

“Saya dan isteri adalah rakan dan pasangan yang baik,” katanya sambil berulang kali menyatakan sangat menyayangi isterinya.

Mengulas isu tinggal berasingan, Nedim mengakui perkara berkenaan namun menjelaskan situasi tersebut disebabkan kediaman mereka masih dalam proses pengubahsuaian.

“Insya-Allah, tiada benda (isu), memang kami duduk berasingan sebab rumah masih dalam proses ubah suai,” katanya.

Pada sesi berdurasi hampir setengah itu, Nedim tenang melayani pertanyaan pengikut bahkan mesra bergurau dan tertawa apabila soalan atau usikan lucu diutarakan.

Begitupun, bapa kepada dua cahaya mata itu menegaskan akan menamatkan sesi ‘live’ andai pertanyaan hanya menjurus mengenai spekulasi perkahwinan.

Sebelum ini Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd. Danish Hanif, 42, mengejutkan ramai apabila apabila mengakui rumah tangga mereka sedang bergolak selain mendedahkan sudah tiga bulan tidak sebumbung.

PelakonnPuteri itu bagaimanapun masih berusaha menangani kemelut tersebut sebaik mungkin demi anak-anak sambil memaklumkan perceraian adalah jalan terakhir.

Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017. Pasangan itu dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl, 6.

Sebelum itu, aktres terbabit pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15, namun berpisah pada 10 Julai 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI