fbpx

RM3.17 juta selenggara rumah kakitangan Kem Terendak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA melakukan kerja baik pulih kediaman di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.-Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/KOSMO!

MELAKA – Sebanyak RM3.17 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan projek penyelenggaraan kediaman kakitangan anggota tentera di Kem Terendak, Sungai Udang di sini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan tahap kesejahteraan hidup anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan menyediakan kediaman yang lebih selesa.

Kata beliau, banyak kediaman di Kem Terendak sudah berusia puluhan tahun malah terdapat unit yang kosong, tidak berada dalam keadaan baik untuk didiami.

“Kita bukan sahaja fokus kepada kesiapsiagaan tetapi juga pada soal kesejahteraan anggota, satunya dengan memberi perhatian kepada penyediaan dan penyelenggaraan rumah.

“Kerja-kerja menaik taraf ini akan dilakukan sendiri oleh ATM yang secara tidak langsung dapat menjimatkan kos dan mengelak berlakunya projek sakit. Saya yakin ia (projek) akan siap sebagaimana yang dirancang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra bersama warga Kem Terendak di Wisma Perwira 94 Hospital Angkatan Tentera (HAT) di sini, hari ini.

Tambahnya, keluasan setiap rumah akan ditambah daripada 1,200 kaki persegi kepada 1,400 kaki persegi.

“Pertambahan ini akan memberi lebih keselesaan kepada anggota kita dan mereka mampu untuk membina keluarga yang bahagia,” ujarnya.

Sementara itu, mengenai Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kem Terendak yang baharu, Mohamed Khaled memberitahu, kerajaan kini sedang di peringkat penilaian tender untuk melantik kontraktor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI