fbpx

RM 78.7 billion makanan import tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERDANG 2 MEI 2024 - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada majlis amanat dan sambutan mesra Aidilfitri 2024 di MAEPS di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: HAFIZ UTUSAN / RASDAN KOSMO

SERDANG – Kerajaan ketika ini dalam usaha mengurangkan defisit agar pengaliran keluar wang negara dapat dikurangkan serta tidak membazir berikutan mencatatkan kadar import sebanyak RM 78.7 billion makanan tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, angka tersebut telah mencatatkan defisit tertinggi berbanding nilai eksport sebanyak RM46.38 billion tahun lalu.

“Sektor agromakanan memberikan sumbangan yang signifikan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) iaitu 11.6 peratus walaupun berhadapan cabaran mengurangkan jurang antara import dan eksport agromakanan.

“Pertumbuhan agromakanan dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan pada tahun 2023 telah meningkat 4.3 peratus kepada RM181.4 bilion berbanding RM173.9 bilion pada tahun 2022.

“Kementerian berusaha mengurangkan defisit perdagangan agromakanan negara dalam tempoh yang terdekat dengan memulakan pengeluaran bawang merah, mengeksport durian segar ke China,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat dan Sambutan Mesra Aidilfitri 2024, di sini, hari ini.

Tambah Mohamad, kementeriannya juga sedang giat meneroka pasaran baru di luar negara.

“Insya-Allah dalam tempoh terdekat ini. Saya akan ke Russia untuk meneroka potensi baru bagi pasaran agromakanan negara.

“Sama-samalah kita berdoa agar misi ini akan mencapai kejayaan sepertimana yang kita harapkan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Amanat dan Sambutan Mesra Aidilfitri 2024, di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI