fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Sock Tao pilihan jelas untuk belia – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hannah (kiri) dan Sock Tao (dua kiri) beramah mesra dengan penduduk pada program singgah dan salam perlawanan bola keranjang di Hulu Yam Lama, hari ini.

HULU SELANGOR – Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao merupakan pilihan jelas untuk pengundi Kuala Kubu Baharu terutama golongan belia.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Hannah Yeoh berkata, ia kerana usia calon Kerajaan Perpaduan yang masih muda mampu mendekati generasi muda dengan lebih erat.

“Kita perlukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertenaga dan mempunyai idea baharu seperti (Sock Tao). Kalau kita lihat dalam kalangan semua calon, pilihannya sangat jelas.

“Rata rata saya jumpa banyak golongan belia, mereka nyatakan kebanyakan idea dan aktiviti mereka banyak ditaja oleh mendian Lee Kee Hiong. Jadi legasi itu mesti diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengiringi Sock Tao berkempen pada program singgah dan salam perlawanan bola keranjang di Hulu Yam Lama, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan itu berkata, dengan pengalaman yang dimiliki Sock Tao dalam promosi dapat membantu meningkatkan industri pelancongan di sini.

“Beliau juga pernah mengendalikan promosi idea ‘talk show’ (bual bicara) dan saya percaya Kuala Kubu Baharu mempunyai banyak produk pelancongan yang memerlukan promosi. Jadi, saya percaya (Sock Tao) mampu membawa Kuala Kubu Baharu lebih jauh lagi,” jelasnya.

Tambahnya, beliau turut mengingatkan pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun untuk pulang ke Kuala Kubu Baharu bagi menjalankan tanggungjawab mengundi.

“Yang paling penting untuk belia adalah jangan lupa tarikh mengundi. Kadang bila kita ikuti kempen melalui media sosial. Bukan sahaja yang tinggal di sini tetapi yang menetap di Kuala Lumpur.

“(Ia kerana) satu jam yang mereka akan korbankan untuk balik mengundi itu akan menentukan lima tahun akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI