fbpx

Pesara rugi RM25,000 ditipu lelaki tawar bantuan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lau Kah Wing yang mempunyai 31 rekod jenayah lampau kini diburu polis.

PETALING JAYA – Seorang pesara berusia 78 tahun ‘berputih mata’ selepas wang simpanan RM25,000 miliknya lesap setelah termakan dengan penipuan ‘scammer’ bantuan kerajaan pada 17 April lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang ditipu seorang lelaki individu tempatan yang menawarkan untuk mengurus bantuan kerajaan.

“Suspek mengambil pengadu di rumah iaitu di SS 2/6, Seapark, disini seterusnya membawa pengadu ke sebuah bank tempatan sekitar Kepong dengan menaiki kereta Lamborghini warna hijau.

“Dalam perjalanan ke bank, mangsa ditawarkan dengan pelaburan kerajaan negeri dan meminta mangsa menyerahkan wang simpanan sebanyak RM25,000.

“Setelah menyerahkan wang berkenaan, mangsa ditinggalkan di lokasi dengan alasan untuk mendapatkan wang bantuan kerajaan sebebelum suspek didapati lesap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shahrulnizam, setakat ini mangsa yang terlibat adalah warga emas manakala modus operandi digunakan suspek adalah dengan menawarkan bantuan kerajaan.

Tambah beliau, suspek bernama Lau Kah Wing, 28, masih dikehendaki oleh pihak polis dan didapati mempunyai 31 rekod jenayah lampau dengan menggunakan modus operandi sama sejak tahun 2014 hingga kini.

“Setakat ini terdapat lima kes di Petaling Jaya yang mana empat dari jumlah itu telah dituduh. Selain mempunyai sebanyak 30 laporan di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang, suspek telah disenaraikan sebagai individu ‘wanted’ berikutan laporan di Sea Park, di sini.

“Bagi kes di Petaling Jaya, kita catatkan jumlah kerugian keseluruhan adalah sebanyak RM395,000,” ujarnya.

Beliau meminta orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan suspek kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Gashwinpal Singh A/L Sukhdev Singh di talian 016-3649168.

Sehubungan itu, beliau menasihati dan menyeru kepada masyarakat supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan sebarang penawaran dan tipu daya scammer. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI