fbpx

Orang ‘gomen’ jangan gembira dulu, cadangan naik gaji boleh dibangkang di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syahril ketika siaran langsung di KS malam ini.

PETALING JAYA – Kakitangan kerajaan diminta untuk bersabar terdahulu kerana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaikan gaji sebanyak 15 peratus semalam perlu dibahas di Parlimen terlebih dahulu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Syahril Hamdan berkata, kebiasaannya perkara-perkara yang bersangkut bajet dari kerajaan ini perlu memperolehi persetujuan atau undian di Parlimen terlebih dahulu.

“Kena ingat, berkaitan bajet ni memang kena bahas dan persetujui oleh Ahli Parlimen termasuk pembangkang.

“Kebiasaannya juga pihak pembangkang akan jalankan kerja mereka untuk membangkang di Parlimen sepertimana yang telah dilakukan oleh barisan Ahli Parlimen kerajaan sekarang ketika menjadi pembangkang dahulu,” jelasnya ketika siaran langsung bual bicara Keluar Sekejap episod ke-100 bersama Khairy Jamaludin Abu Bakar sebentar tadi.

Tambah Syahril, walaupun Perdana Menteri menyatakan cadangan kenaikan gaji ini akan mendapat persetujuan penuh di Parlimen, tetapi perlu diingat tugas pembangkang akan tetap membangkang cadangan terbabit.

“Memang Perdana Menteri telah bagi keyakinan beliau semalam, siap nak humban dalam pilihan raya sesiapa sahaja yang membangkang cadangan ini (kenaikan gaji), tetapi cadangan kenaikan ini tetap boleh dibangkang oleh mereka (pembangkang) di Parlimen,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI