fbpx

MFL sedia ‘tolong’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak MFL komited untuk membantu FAM jika perlukan tambahan masa sebagai persiapan Harimau Malaya penghujung bulan nanti.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengamalkan sikap ‘toleransi’ dalam usaha membantu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekiranya perlukan tambahan masa untuk persiapan Harimau Malaya menghadapi dua aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pihaknya komited bagi melancarkan perancangan skuad Harimau Malaya dengan menyediakan tempoh panggilan lebih awal selepas aksi liga berakhir pada bulan ini.

“Kebiasaannya kita mempunyai amalan memberikan masa tambahan tujuh hingga sembilan hari kepada pasukan kebangsaan.

“Jadi kita harap dapat membantu pasukan negara seperti sebelum ini dan saya rasa kita antara negara yang memberikan masa tambahan (bagi persiapan) pasukan kebangsaan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal berdepan dua perlawanan penting peringkat Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun depan.

Saingan Liga Super akan membuka tirai rasmi pada 10 Mei dengan perlawanan ketiga akan berakhir pada 26 Mei sekali gus kem latihan pusat skuad kebangsaan dijangka bermula seawal 27 Mei depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI