fbpx

Leverkusen pilihan ke final Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO percaya skuad bimbingannya mampu melepasi halangan Roma untuk menempah tiket final musim ini. – BAYER 04 LEVERKUSEN

LEVERKUSEN – Misi memburu gelaran trebel terus digalas Bayer Leverkusen menjelang aksi separuh akhir Liga Europa menentang AS Roma di Stadio ­Olimpico awal pagi esok.

Juara Bundesliga itu pastinya turun sebagai pasukan pilihan pada pertemuan tersebut memandangkan mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam semua pertandingan bagi kempen 2023/24.

Jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso melaungkan amaran skuad kendaliannya akan terus memburu kemenangan selain menyuarakan hasrat mereka untuk menyekat kemaraan Roma dalam Liga Europa.

“Objektif terbesar kami sekarang adalah menjadi juara (Liga Europa) dan kami tidak akan berhenti selagi tidak dapat melakukannya. Kami perlu berdepan cabaran ini terlebih dahulu.

“Saya percaya kami perlu me­lakukan persediaan secukupnya sebelum bertemu Roma nanti kerana mereka juga memiliki rekod cukup baik dalam beberapa perlawanan terakhir. Saya harap kami mencatat keputusan positif di Rom nanti,” katanya.

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu masih dibelenggu rasa bimbang memandangkan tonggak pertahanan, Jonathan Tah belum pasti diturunkan ke­rana belum pulih daripada kecederaan ketika bertemu VfB Stuttgart pada Ahad lalu.

Justeru, Alonso akan memantau tahap kecederaan dialami pemain Jerman itu sebelum membuat keputusan berhubung kesebelasan utama yang diturunkan pada pertemuan sulung di Stadio Olimpico nanti.

“Ujian perubatan awal yang dilakukan ke atasnya (Tah) menunjukkan ia bukanlah kecederaan serius, sebab itu saya masih optimis dia mungkin dapat diturun­kan. Bagaimanapun, kami tidak mahu ambil sebarang risiko.

“Sudah tentu harapan saya adalah untuk menurunkan skuad terbaik pada perlawanan itu nanti, namun kesihatan pemain tetap menjadi keutamaan. Saya percaya pemain-pemain lain sudah bersedia untuk diturunkan,” tambahnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI