fbpx

Lelaki maut motosikal terjatuh di tebing Lebuh Raya Pan Borneo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa menggunakan pengusung sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.

MIRI – Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas dan terjatuh di tebing Lebuh Raya Pan Borneo, simpang Marudi yang dianggarkan berketinggian empat meter.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 9.04 pagi tadi dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pasukan bomba menggunakan pengusung untuk mengangkat mangsa.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh paramedik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata tiada pengenalan diri dijumpai pada mangsa dan mayatnya telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI