KOTA BHARU – Lebih 20,000 rakyat Kelantan menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024, Peringkat Negeri Kelantan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong di sini hari ini.
Orang ramai mula membanjiri pekarangan RTC bermula pukul 6 petang tadi untuk bertemu mata dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar tiba di majlis itu kira-kira pukul 8.10 malam dengan memakai baju Melayu lengkap berwarna ungu cerah dengan diiringi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassaruddin Daud.
Hadir sama, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya,Datuk Seri Tiong King Sing.- KOSMO! ONLINE