fbpx

Lebih 2,000 penduduk setempat hadir Rumah Terbuka Surau Jumaat Al-Husna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara penduduk setempat yang datang memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri di Surau Jumaat Al-Husna, malam ini.

KUALA LUMPUR – Rumah Terbuka Aidilfitri di Surau Jumaat Al-Husna mendapat sambutan yang sangat menggalakkan apabila hampir 2,000 orang penduduk setempat hadir bagi memeriahkan majlis, malam ini.

Menurut Pengerusi Surau Jumaat Al-Husna, Mahat Yunus, rumah terbuka tersebut diadakan dengan tujuan untuk merapatkan lagi hubungan dalam kalangan masyarakat, khususnya penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak.

Beliau berkata, rumah terbuka kali ini tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada penduduk setempat, persatuan dan juga pertubuhan bukan kerjaan (NGO) yang turut sama turun padang bagi menjayakan majlis tersebut.

“Syukur, malam ini majlis rumah terbuka yang kami adakan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Disebabkan ramai yang datang hari ini, Alhamdulillah makanan yang kami sediakan semuanya habis,” katanya ketika ditemui wartawan Kosmo! di pekarangan Surau Jumaat Al-Husna, PPR Seri Semarak di sini hari ini.

Menurut beliau, lebih 15 buah khemah didirikan malam ini untuk menempatkan pengunjung rumah terbuka yang datang daripada kawasan sekitar.

Tambah beliau, penduduk di PPR Seri Semarak sendiri turun padang dan turut menyumbang makanan serta minuman pada majlis tersebut.

“Setiap satu blok kami peruntukkan satu khemah. Jadi mereka sendiri ada makanan yang disumbangkan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) dan juga pihak-pihak lain yang pernah menyumbang.

“Majlis rumah terbuka ini merupakan hasil kerjasama semua pihak. Tanpa mereka, majlis malam ini mungkin tidak semeriah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI