fbpx

Kenaikan gaji penjawat awam tidak perlu jadi perdebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU SELANGOR – Kenaikan gaji penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempena dengan Hari Pekerja semalam tidak harus dijadikan perdebatan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, Kerajaan Perpaduan menghargai semua golongan pekerja yang dibuktikan melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bagi memastikan pekerja sektor swasta menerima gaji lebih tinggi.

“Tidak harus ada perdebatan (isu gaji) sebab semua golongan pekerja dihargai dan kita mempunyai program sasaran kepada sektor sektor berlainan termasuk swasta,” katanya ketika ditemui pada Program Suara Anak Madani di sini, malam tadi.

Anwar semalam mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara membabitkan peruntukan lebih RM10 bilion.

Mengulas lanjut, Steven berkata, negara memerlukan penjawat awam yang mempunyai produktiviti tinggi bagi merancakkan ekonomi sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

“Maka, dengan penghayatan dan penghargaan yang diberi kepada penjawat awam, saya yakin ia akan memberikan motivasi kepada penjawat awam terus melaksanakan tugas mereka untuk sama-sama membangunkan ekonomi negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI