fbpx

Kenaikan gaji hingga 40 peratus penjawat awam kategori rendah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kenaikan gaji penjawat awam kumpulan rendah akan mencecah 20 hingga 40 peratus mengikut perincian sebenar walaupun pengumuman semalam hanya melibatkan kadar kenaikan lebih 13 peratus.

Perdana Menteri berkata, sistem kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) adalah bersifat lebih munasabah yang mana golongan penjawat awam pangkat tinggi akan naik sedikit, manakala mereka berpangkat rendah pula menikmati banyak kenaikan.

“Ada yang mengaitkan kenaikan kali ini lebih rendah kerana pernah mencecah 35 peratus. Sebab itu saya kata nak kritik boleh tapi sabar dulu, jangan sombong dan angkuh, jangan dengki kerana bila ada pengumuman baik, orang sambut baik, dia mesti cuba berhujah untuk mencemuh

“Saya nak beritahu kalau tengok perincian keputusan ini sebenanrya bagi kategori rendah kenaikan itu antara 20 dan hampir mencecah 40 peratus bagi kebanyakan penjawat awam.

“Maknanya mereka peringkat rendah naik melonjak tinggi supaya walaupun (kadar gaji minimum) RM2,000 tetapi boleh hidup lebih selesa,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Anwar dalam pada itu turut menempelak beberapa pihak tertentu yang menuduh pengumuman kerajaan bagi penjawat awam ini adalah sebagai ‘gula-gula’ Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ketika ini.

“Ini tidak ada kena-mengena dengan PRK KKB, keputusan kita buat awal tahun sebelum ADUN itu meninggal dunia, kemudian pengumuman ini adalah bertahap, pada 1 Mei, pada Hari Pekerja kita umum dasar, kemudian kalau sempat bawa ke Jemaah Menteri.

“Masa perhimpunan penjawat awam (MAPPA) nanti kita umumkan lebih terpenrici dan lengkapnya pada Belanjawan 2025 nanti.

“Tapi sebelum itu saya minta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menyantuni semua penjawat awam, pergi ke setiap negeri bincang dan dengar kalau perlukan sedikit sebanyak penyesuaian,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI