fbpx

Jengkaut bantu padam kebakaran kawasan lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jengkaut dipandu Che Suhairul yang membantu usaha memadam kebakaran lalang di Kampung Bukit Tanah, Peringat dekat Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Tindakan pantas seorang pemandu sebuah jengkaut mengaut lalang yang terbakar ekoran cuaca panas di kawasan seluas 3.2 hektar berjaya menyelamatkan lebih 20 rumah penduduk Kampung Bukit Tanah, Peringat di sini hari ini daripada hangus dijilat api.

Kejadian disedari berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah hari ketika Che Suhairul Azmi, 33, sedang memandu jentera berat itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja.

Che Suhairul berkata, dia bimbang kebakaran tersebut merebak ke kawasan perumahan yang menempatkan lebih 20 rumah penduduk sebelum terus mengaut lalang yang terbakar kenderaan berat itu.

“Saya lihat asap tebal dan api marak sedang membakar lalang. Saya terus memakai pelitup muka dan memandu jengkaut sebelum mengaut lalang yang sedang hangus dijilat api.

“Saya mengambil masa hampir satu jam untuk mengaut dan menolak lalang ke kawasan yang jauh dari rumah penduduk,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Che Suhairul memberitahu, dia bersyukur apabila kebakaran tersebut tidak sempat merebak meskipun mengakui penat melakukan kerja-kerja memadam kebakaran itu seorang diri sebelum bomba tiba.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Azmi Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.45 tengah hari sebelum sembilan anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kebakaran.

Azmi berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh lebih tiga jam daripada merebak ke kawasan rumah penduduk.

“Kerja-kerja memadam kebakaran masih dilakukan dan kebakaran itu melibatkan lalang di kawasan seluas 3.2 hektar,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI