fbpx

Inisiatif subsidi tiket FLYsiswa diteruskan mulai hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan menyambung semula inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajar institut pengajian tinggi awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan (FLYsiswa) bermula hari ini.

Pelajar yang bekelayakan terdiri daripada universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut Kementerian Pengangkutan (MOT), buat masa ini pelajar yang berkelayakan itu adalah mereka yang masih berdaftar di institusi masing-masing sehingga 31 Disember tahun lepas bagi fasa pertama.

“Bagi pelajar baharu bagi sesi kemasukan 1 Januari sehingga 31 Mac tahun ini, ia akan dilaksanakan dalam fasa kedua mulai Julai depan.

“Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai ‘credit shell’ untuk membeli tiket penerbangan,” katanya dalam kenyataan tadi.

Menurut MOT, sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucar digital akan kekal dalam ‘credit shell’ dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Jelasnya, tempoh permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah dari 2 Mei hingga 30 November depan dan baucar tersebut boleh ditebus untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember 2024.

“Pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan,” katanya.

Jelas MOT, para pelajar yang layak boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan (https://subsidiudara.mot.gov.my/).

Selepas semakan, ujarnya, pelajar boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan daripada mana-mana satu syarikat penerbangan iaitu Malaysia Airlines (termasuk MASwings dan FireFly), AirAsia atau Batik Air melalui laman sesawang syarikat penerbangan tersebut.

“Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi pendidikan masing-masing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI