fbpx

Hujan lebat, ribut petir di lapan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat berserta ribut petir itu dijangka tertumpu di bahagian barat Semenanjung melibatkan Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin).

“Cuaca buruk sama turut dijangka di utara melibatkan negeri Perak iaitu di Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Hujan lebat berserta ribut petir juga dijangka melanda beberapa kawasan di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Pekan dan Rompin dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) sehingga awal malam nanti,” ujar MetMalaysia.

Tambahnya, taburan hujan berintensiti tinggi juga dijangka tertumpu di Sarawak melibatkan Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Bagi negeri Sabah pula, cuaca buruk sama turut dijangka melibatkan beberapa kawasan di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan),” ujar MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI