fbpx

Hasil pertanian melonjak lebih 4 peratus tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu (kiri) menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim pada majlis amanat dan sambutan mesra Aidilfitri 2024 di MAEPS di sini, hari ini. -Foto FARIZ RUSADIO /KOSMO!

SERDANG – Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hasil daripada kerjasama semua pihak di kementeriannya, hasil pertanian negara berjaya dilonjakkan sebanyak lebih empat peratus pada tahun lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu berkata, kenaikan tersebut amat menggembirakan seluruh anggota kementerian dan berharap agar kenaikan tersebut semakin meningkat selepas ini.

“Selain kenaikan hasil pertanian, saya juga gembira apabila tidak berlaku kenaikan harga barang khasnya harga ayam dan sayuran. Hanya ada harga ikan yang kadangkala ada naik di beberapa tempat.

“Tetapi, umumnya harga ayam, sayuran dan telur di pasar-pasar tidak ada harga yang melambung tahun ini. Harga ayam masih sekitar RM9.00 ke bawah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Amanat dan Sambutan Mesra Aidilfitri 2024 di MAEPS di sini, hari ini.

Tambah Mohamad, diharapkan tiada apa-apa yang akan berlaku dalam tempoh ini yang akan mengakibatkan harga pasaran bahan mentah seperti ayam, sayuran dan telur menjadi naik sehingga membebankan pengguna tempatan.

“Saya harap tiada lagi perkara-perkara yang bakal menyebabkan kenaikan harga barang-barang ini meningkat, kerana bakal menyusahkan rakyat kita.

“Kita harap tidak berlaku lagi perkara-perkara yang akan menaikan harga makanan secara mendadak kesannya rakyat yang terbeban,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI