fbpx

Budak autistik ditemui mati lemas jatuh sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat budak autistik yang mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru, Skudai, Johor Bahru, malam semalam.-Foto JBPM

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak autistik ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Skudai ketika bermain berhampiran rumah kediaman keluarganya di Kampung Sepakat Baru, Skudai, petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.59 petang itu, mangsa yang berusia lima tahun itu difahamkan sedang bermain telefon merakam gambar di kawasan sekitar rumahnya yang terletak kira-kira beberapa meter dari rumahnya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba SaifulBahri Safar ketika dihubungi berkata, pihaknya seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian pada pukul 6.13 petang dan mendapati benar berlaku kejadian seperti yang dilaporkan.

“PKO membuat pencarian dipermukaan sungai dengan jarak sejauh 800 meter dari mangsa dilaporkan terjatuh, manakala anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman menggunakan teknik swift wiping,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

SaifulBahri berkata, mangsa berjaya ditemui pada pukul 11.15 malam kira-kira 130 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh pada kedalaman empat meter.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI